KERTAS 1 OBJEKTIF (40 SOALAN)
A. PENGENALAN
Kertas satu
mempunyai 40 soalan
Masa yang
diperuntukkan 1 Jam 15 minitKertas ini menyumbangkan 40% markah keseluruhan
matapelajaran perdagangan Oleh itu, satu soalan betul menyumbangkan 1 markah
mutlak. (40soalan = 40 markah) Untuk skor A+, pelajar mesti membaca kehendak
soalan-soalan objektif dengan teliti dan jangan ambil mudah kerana satu markah
itu amat penting.
B. PEMILIHAN JAWAPAN
* Setiap
soalan objektif diikuti oleh 4 pelengkap
* Hanya satu
jawaban yang betul dan tiga yang lain distraktor.
* Terdapat dua
cara untuk menjawab bentuk soalan ini:-
a.
Mencari jawaban yang betul dan mengabaikan tiga distraktor
b.
Menganalisa semua alternatif dan menolak setiap distraktor sehingga mendapat
jawaban yang betul.
C. APAKAH YANG DIKEHENDAKI OLEH PEMERIKSA
* Soalan
objektif menguji berbagai-bagai kemahiran dan kebolehan pelajar seperti
·
mengingat kembali
·
mengira
·
mengidentifikasi
·
mencari persamaan
·
mengaplikasi
·
mencari perbezaan
·
mendeduksi
·
membuat perbandingan
·
menginterpretasi
* Anda boleh
menjawab soalan dengan memahami fakta-fakta penting pada setiap topik atau
menggunakan formula untuk membiasakan diri untuk menjawab pengiraan.
Pelajar
dibenarkan membawa kalkulator (mesin kira) ke dalam dewan peperiksaan.
D. PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Cuba jawab
semua soalan dan tinggalkan soalan yang sukar dijawab kerana anda akan membuang
masa jika mengambil masa yang lama.
2. Bulatkan
nombor-nombor soalan yang tidak dapat dijawab
3. Setelah
menjawab semua soalan,kembali kepada soalan-soalan yang dibulatkan itu.
4. Jika anda
masih tidak dapat menjawabnya, teka dengan bijak jawaban yang paling mungkin
sekali.
5. Jangan
tinggalkan sebarang soalan tanpa dijawab . Markah tidak akan dipotong bagi
jawapan yang salah.
6. Setelah
mendapat jawaban bagi setiap soalan ,terus hitamkan pada kertas jawaban.
7. Pastikan
jawaban yang dihitamkan sepadan dengan jawaban dipilih dalam kertas soalan dan
nombor soalan
8. Semak
semula jawaban yang dihitamkan dengan baik sebelum dihantar .
E. CONTOH SOALAN OBJEKTIF
A. Aneka
Pelengkap
1.
Faktor yang membezakan usahawan dengan peniaga ialah usahawan berusaha
A.
untuk mencari untung
B.
meningkatkan taraf hidup
C.
memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat
D.
mengatasi pesaing-pesaing dalam perniagaan
B. Aneka
Pilihan
2.
Mengapakah peniaga milikan tunggal lebih cenderung untuk menukarkan
perniagaannya kepada perkongsian?
I. mengalakkan persaingan
II.
mendapatkan lebih banyak modal
III.
mengurangkan risiko kerugian
IV.
menambahkan kemahiran dan pengetahuan perniagaan
A. I,II dan III
B. II,III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
(Untuk
menjawab soalan objektif, gariskan kehendak soalan dan kata kunci yang berada
dalam jawaban.Dalam soalan di atas,Jika sukar untuk mencari jawaban tepat.Oleh
itu, tolak dahulu jawaban yang paling tidak tepat.Akhir sekali, jika terdapat 2
jawaban yang sukar dibezakan.Pilihlah yang anda rasa paling tepat dan
kebarangkalian jawaban anda betul lebih tinggi.)
No comments:
Post a Comment